Monday, March 9, 2009

Blog vs Website

Laman web sentiasa berevolusi dari masa ke semasa. Dahulunya, untuk menghasilkan laman web, sudah tentu anda perlu memiliki kemahiran mereka bentuk grafik web dan mengaturcara komputer (programming).

Namum, pada masa kini kedua-dua perkara tersebut tidak lagi menjadi syarat bagi seseorang untuk memiliki laman web peribadi mahupun laman web perniagaan kerana aplikasi blog (contohnya Blogspot, Wordpress, dll) begitu mudah untuk digunakan oleh sesiapa sahaja (yang sudah biasa dengan menggunakan komputer dan yang tahu melayari internet)

Cuma persoalannya adalah, apakah tujuan kita untuk memiliki laman web sendiri ? Perlukah anda mengeluarkan duit poket untuk mengupah seseorang bagi menghasilkan laman web anda ?

Contohnya lah, sekiranya anda menjalankan bisnes dari rumah dan tujuan anda ingin mempunyai laman web adalah untuk mempromosikan bisnes/produk anda, sebenarnnya platform blog ini sahaj sudah memadai untuk tujuan tersebut.

Anda boleh memasukan seberapa banyak produk yang anda ada dan memasukkan juga maklumat bagaimana pelanggan anda boleh menghubungi anda untuk pertanyaan mahupun tempahan.

Dengan itu, anda tidak perlu untuk mendaftar domain, space hosting, upah web designer/programmer dan sebagainya yang mana ia melibatkan kos yang tidak berbaloi untuk anda bayar. Di sini sahaja anda telah dapat menjimatkan wang anda ratusan ringgit malah ribuan ringgit yang mana anda boleh gunakan duit tersebut untuk tujuan yang lain.

Jadi, mulakan langkah pertama dengan berjinak-jinak menggunakan aplikasi blog yang ada untuk menghasilkan laman web peribadi anda.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment