Telah menjadi trend pada masa kini di mana pengguna internet mempunyai hobi yang baru iaitu bergiat aktif di dalam laman web sosial di mana mereka boleh berkongsi apa-apa yang digemari mereka di antara satu sama lain.
Melalui laman web sosial ini, kebiasaannya adalah tidak berbayar. Jika ada yang berbayar pun, adalah untuk mendapat akses penuh yang mempunyai ciri-ciri tambahan yang tiada pada akaun percuma.
Setiap aplikasi di dalam laman web sosial ini juga mempunyai objektif yang berbeza-beza. Ada yang menyediakan fungsi untuk merekodkan artikel, code program, assigment, slide presentation, galeri gambar, aktiviti-aktiviti semasa, dan sebagainya.
Sememangnya tidak dinafikan bahawa aplikasi-aplikasi seperti ini mempunyai kebaikannya dan keburukannya tersendiri.
Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah maklumat/info privasi anda. Tiada salahnya anda ingin memberi maklumat peribadi anda tetapi anda perlu berhati-hati kerana tidak semua maklumat peribadi anda boleh diberi sesuka hati.
Di dalam merekodkan maklumat/info peribadi, anda tidak boleh terlalu lurus dan jujur kerana dikhuatiri maklumat-maklumat tersebut disalahgunakan oleh pihak tertentu yang kita tidak tahu tipu muslihatnya.
Sekiranya anda ingin berkongsi aktiviti-aktiviti yang anda sedang/akan jalankan, perlu diambil kira juga tahap privasi aktiviti-aktiviti tersebut.
Antara kebaikan yang anda boleh perolehi daripada laman web sosial ini adalah anda mampu membina jaringan kenalan yang tiada had dan sempadan.
Dan, sekaligus anda bukan sahaja boleh menambah ilmu pengetahuan, pengalaman, meluahkan/menyelesaikan masalah dan sebagainya, tetapi juga anda boleh menjadikan ruang laman web sosial ini sebagai peluang anda untuk menjana pendapatan melalui aktiviti bisnes secara online.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment