Pernahkah anda menerima email daripada pengirim yang entah dari mana dan kandungan email yang anda tidak jangkakan seperti ada orang meminta bantuan daripada anda untuk pemindahan sejumlah amaun wang yang besar, atau anda memenangi sebarang peraduan/loteri yang mana anda tidak pernah langsung mengambil bahagian ?
Sekiranya pengirim mahupun kandungan email yang anda terima itu meragukan dan anda tidak ketahui apa-apa mengenainya, adalah lebih baik anda abaikan sahaja dan buang dari inbox anda.
Tetapi, sebelum anda berbuat demikian, anda dinasihatkan untuk set email tersebut sebagai SPAM dan ini akan menghalang email tersebut dari memasuki ke dalam inbox anda sekali lagi (mungkin dengan helah/tipu muslihat yang lain pula)
Dan, sekiranya anda ada mengakses perbankan internet, jangan sesekali log masuk ke akaun perbankan internet anda melalui pautan (hyperlink) yang anda terima melalui email. Ada kemungkinan email tersebut bukan dari pihak bank tetapi daripada penyangak ruang siber (cyber space) yang ingin mencuri ID dan katalaluan anda.
Akhir sekali, anda dinasihatkan untuk menimbang kesahihan kandungan email (unknown sender) yang anda terima dan sekiranya ia melibatkan sebarang tindakan yang anda harus ambil, pastikan anda tidak melakukan sesuatu yang boleh menjadikan anda sebagai mangsa penipuan individu yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Sekian.
Wednesday, March 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment